Selamat Datang ke Laman Rasmi
Nur Qaseh Malaysia
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PERLINDUNGAN NUR QASEH MALAYSIA
Rumah Perlindungan Nur Qaseh di tubuhkan pada 6hb April 2011 dibawah Pertubuhan Kebajikan Melati Malaysia. Namun begitu rumah perlindungan ini telah berdiri sendiri apabila pendaftaran di bawah Akta Pertubuhan telah diluluskan atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PERLINDUNGAN NUR QASEH MALAYSIA No Pendaftaran: 3255-11-WKL . Pusat Jagaan ini beralamat No. 0614 Jalan 14, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
Di atas Inisiatif AJK Pertubuhan Kebajikan Melati Malaysia dan keprihatinan Pengasas Nur Qaseh iaitu Puan Roslida Binti Che Wail untuk membantu anak-anak perempuan melayu dari gejala-gejala yang tidak sihat dan memberi pelajaran yang sempurna kepada mereka.
Rumah Perlindungan Nur Qaseh ini menempatkan anak-anak Yatim, Fakir miskin, dan mualaf. Kesemuanya anak-anak perempuan berumur 15 tahun ke bawah.
Amatlah menjadi impian kami di Rumah Nur Qaseh ini agar anak-anak yang tinggal di rumah ini dapat menjalani kehidupan yang sempurna dan mendapat pendidikan demi masa depan sejajar dengan inspirasi negara.
MISI dan VISI kami mahukan anak-anak yang berlindung di Rumah Nur Qaseh ini agar cemerlang dan berguna untuk agama,bangsa dan negara.
Jom Berikan Sumbangan
Kami sangat memerlukan dana bagi menampung perbelanjaan bulanan dan kos pengurusan rumah anak yatim Nur Qaseh ini. Kos perbelanjaan akan kami gunakan untuk:
✅ Pembelian kelengkapan dalam dan perabot
✅ Pengurusan Pertubuhan
✅ Tenaga kerja,
✅ Penghuni Pertubuhan
✅ Keperluan harian,
✅ Makan minum
✅ Kos pendidikan
✅ Pengangkutan
Dengan sumbangan anda dapatlah kami dapat menyediakan keperluan untuk anak-anak yatim disini. Banyak ganjarannya apabila bersedekah pada anak-anak yatim. Rasulullah SAW menyantuni anak-anak yatim dengan penuh kasih sayang dan ihsan.
Dalam satu hadis, Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (Riwayat al-Tirmidzi, no. 1917).
Kami dengan rendah hati mengadakan beberapa kempen kutipan untuk menampung keperluan hidup anak-anak yatim Nur Qaseh.
Semoga dengan kemurahan hati tuan/puan, dapat menambahkan lagi keberkatan hidup dan dipermudahkan lagi rezeki.
Sesungguhnya bersedekah tidak akan membuatkan seseorang itu miskin atau berkurang hartanya.
“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain melainkan Allah akan menambah kemuliaannya, dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim no 4689)